Monday, March 13, 2006

perihalku...fenomena

Salam sejagat..
Perihalku tersentuh dengan fenomena yang berlaku melanda negara. Semua pelusuk rakyat rancak bercerita tentang kisahnya. Dari anak kecil hingga tua gayut senantiasa tahu dengan perkembangan yang berlaku konon kalau tak mengikuti bukan lagi trend masakini nanti takut ketinggalan. Hairan bin ajaib bagaimana fenomena yang tercetus dulu dengan acuan yang berbeza boleh diterima secara taksub oleh masyarakat. Dulu pun ada fenomena ini Cuma mungkin masa itu bukan budaya masyarakat melepak ternganga depan peti televisyen menghayati setiap detik dan kejadian yang berlaku. Ataupun fenomena sekarang ini banyak lakonannya dari yang dulu..

Perihalku bercakap berkenaan fenomena yang digelar akademi fantasia persembahan realiti yang dicipta oleh kelompok manusia. Sungguh dashyat fenomena ini hingga pak menteri pun bercerita di ruang khas yang dipanggil dewan rakyat!!..ini satu kejadian yang amat pelik..kisah mereka yang dipanggil graduan tanpa tauliah di akademi fantasia yang senantiasa dibuai dengan mimpi-mimpi indah ingin bergelar seseorang yang dipanggil dengan nama artis.

Apa motif mereka??..bakat,minat memang tak dinafikan akan tetapi terfikirkah segala perancangan buat mencorak mereka-mereka ini selepas acara itu berakhir??. Umpama seoarang ayah yang baru mendapat seorang anak.sianak pastinya memerlukan bimbingan dan teguran dari seorang yang lebih tua namun bersediakah pihak yang menganjurkan acara seperti ini bersedia dari segala segi?perihalku tidak mahu kejadian menjadi seperti pepatah melayu bagaikan anak ayam kehilangan ibu..tak terarah hala tuju mereka kerana kementahan berfikiran dan tiada pedoman yang cukup untuk mengharungi badai dan cabaran dalam dunia yang nyata bukan lagi berada didalam dunia fantasi..

Dulu berlumba-lumba si bakat mencuri peluang yang ada tak kira dimana jua ada pertandingan bakat pasti dicuba diusaha untuk menjadi pemenang. Cabarannya juga berbeda,kalau dulu suara dan bakat menjadi ukuran silap sedikit pasti mendapat habuan teguran dan marahan si pencari bakat. Dulu kalau bertanding pastinya secara sederhana namun kini segala bercorak kemegahan..entah lah duniaku, semua pelusuk negara bercerita mengenai fenomena ini selepas fenomena tsunami.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home