Wednesday, July 06, 2011

BERSIH KE TAK..!!

aku tak faham..!!
semua orang sibuk pasal bersih..
bersih sangat ke diaorg nih..!
diaorang ni bersih ke tak bersih??
bangun tidur aku terus mandi...
takut nanti aku tak bersih..
aku pastikan seluruh air mencucur ke pelusuk tubuhku..
supaya sisa-sisa najis berat dan ringan terhapus jua..
tapi bersih ke aku??

bersih....bersih...bersih...
dulu awal 80an ada kempen..
namanya bersih..cekap...amanah..
ada perkataan bersih...
tapi semua orang buat tak tahu jer..??
bersih ni untuk siapa?
untuk jalanraya ke untuk manusia...
kalau untuk jalanraya,kenapa ada pihak yang takut...
biarlah bersih membersihkan jalanraya itu...
agar jalanraya itu menjadi lebuh dan raya untuk rakyat yang makmur..
tapi kalau jalanraya dah bersih..kontraktor pembersihan nak kerja apa??

baju putih nampak bersih...
muka suci nampak bersih...
di butterworth ada tempat nama pantai bersih...
di uptown ada orang pakai baju bersih...
di downtown ada orang yang tolong bersih...kan..

bersih..bersih..bersih...
sama jer bersih atau tak...
aku tetap mandi....!!

Thursday, December 07, 2006

PGLM..season 3 part 2

wassup people...
PGLM season 3 di singapura...sememangnya satu pengalaman yang baik untuk semua warga PGLM itu sendiri...apa taknya kawalan keselamatan disini memang ketat sangat..kalu terlupa pass takkan dibenarkan masuk meskipun dia tahu yang kita akan buat performance..kalu kat IB anytime and free for evryone to come in...even ada tag or tak de tag...hehee..namun yang paling aku suka sekali kat sini ialah tempat shopping yang dinamakan sebagai Mustafa...konsepnya macam Mydin kat sini ler tapi barang-barangnya murah selepas compare ngan ringgit...dah ler aku pantang dengan perfume,korang mesti terkejut kalu ada perfume yang kita bleh save sampai rm100..apalagi trus aku sambar 3 perfume..hehee kalu ikut hati abis allowance makan aku kat mustafa nih,....
dan lagi satu kat sini bleh nampak kesosialan mereka...sampaikan masa aku berjalan ngan Arif kat esplanade ada one couple ni selamba je comolot kat escalator sampai arif tanye kat singapore ni tak kena tangkap ke...hehee..kalu kat malaysia ni aku rasa le kalu bleh buat cam kat singapore akan bertambah sosiaall lagi le bebudak kat sini..biasa le melayu mudah lupe....bercakap tentang melayu ni...kat singapore aku perhatikan payah sungguh nak tgk budak melayu dia lepak kat shopping mall..mana diaorg pergi erkk??..sampai kitaorg rasa mcm kt Hong Kong plak..sebab dikelilingi oleh cina kat sini..
yang best nya 1st day kitaorng kat sini dah ada yang buat kelakar maut...hisap rokok sesuka hati..ooiii ni singapore aler mana bleh..hehee...itu satu yang aku respect kat diaorg ni...walaupun takde officer yang wat rondaan diaorg tetap ikut peraturan kalu kat sini hammppeeehhh...tertanya-tanya gak aku macamana diaorg bleh ikut peraturan ni almaklum ler kalu dh gian nak hisap rokok mesti belasah punye...tapi kalu diaorg datang sini agak-agaknya diaorg follow tak peraturan kita...entahler...
choww beb

PGLM....season 3..

salam sejahtera..

terlalu lama rasanya aku tidak menulis sesuatu di ruang ku sendiri,dek kerana ruangan kosong ku begitu sesak dengan aktiviti dan perjalanan hidup yang perlu ditempuhi...

tatkala blogs ini ditulis telah hampir seminggu warga PGLM pulang ke ibukota...sejak dari 19hb nov kami mula berkampung di the Oriental hotel,singapore untuk persembahan antarabangsa yang pertama di kota singa...pelbagai perasaan timbul diantara kami...mana taknya perasaan berdebar dan teruja tentang penerimaan masyarakat singapura khususnya persembahan kami adalah untuk Pesta Hari raya di kota singa ini..

hari pertama sampai disini cuma satu masalah saja..iaitu MAKAN...dimana-mana di singapura ini makanan yang dijual bercampur aduk antara halal dan haram...bab makanan kena jaga beb bab lain bleh consider...ahaks...1st day kat sini semuanya lepak je sebab training tak mula lagi namun masa bebas kami pun tidak kemana cuma berlegar di hotel dan juga lepak-lepak di Marina Square...sampai je aku ngan fazli roomate aku serta ditemani juruwang PGLM si amir kami trus shopping...gereekkk beb...

yang lain ada yang lepak kat bilik je ada pula yang tak sabar-sabar nak clubbing..hehee...rilek ler beb tak sabar berenang ler....namun apa pun wa respect sama warga singapore...you rockkk beb...

banyak kenangan dan cerita yang akan aku coretkan....ahaks..yang rahsia dan juga tidak...semuanya tentang keluarga besar PGLM...

dun 4get our CASH PARTY to all party people at insomnia...ahaks

chowww beb

Wednesday, October 18, 2006

perihalku...macam-macam 7

salam sejahtera,

salam ramadhan walaupun sudah agak lewat,namun yang penting ingatan dan juga keikhlasan sesama umat itu yang lebih utama..ketika aku mencoretkan sesuatu disini sudah masuk hari yang ke 24 aku berpuasa...sibuk??..memang aku begitu sibuk sekali dengan tugasan dan juga persediaan untuk meraikan adilfitri yang akan menjelang nanti..

buat umum hari ini merupakan hari kedua aku menghadirkan diriku di suria fm sebagai kerabat yang baru disana..namun belum lagi membuat apa-apa dan juga belum belajar secara teknikal lagi namun aku senantiasa menjadi pemerhati kepada apa jua yang berlaku di suria fm...nanti akan ku ceritakan segalanya...yang perlu korang tahu hari ini aku terlibat dengan rancangan khas hari raya...semua dj kena nyanyi termasuk ler aku...lagu m.nasir menjadi sandaran namun aku tidak ler sangat berpuas hati dengan mutu suara aku kerana duduk didalam ofis yang begitu sejuk banyak menjejaskan kualiti suara aku...apa bleh wat...ahaks.

PGLM juga dah mula berlatih untuk persembahan di singapura nanti...semuanya sama cuma ada beberapa original ensemble yang tak dapat bersama kerana tuntutan kerja dan juga ada yang tidak dipanggil kerana perlu mengehadkan ahli ensemble dek kerana arahan dari pihak esplanade...ada beberapa perubahan dilakukan dan yang penting aku akan terlibat secara total sebagai PENARI...satu cabaran buat diriku...

tanpa disedari minggu depan kita akan menyambut syawal...terasa masa berjalan begitu cepat sekali dan terasa masa yang diimpikan begitu hampir dengan diriku kerana manusia punya cita-cita dan impian bilamana impian dan cita-cita itu semakin hampir maka semakin banyaklah dugaan yang akan menjengah...

apa pun bagi orang-orang yang ada membaca blogs aku ingin sekali aku mengambil kesempatan disini untuk mengucapakan ribuan kemaafan yang tak terhingga seandai ada tersalah sesuatu dimata korang semua...walaupun mungkin kita tidak mengenali antara satu dengan yangh lain namun persahabatan itu tiada batas sempadannya...

maaf zahir dan batin..

amin...

Friday, March 17, 2006

with future talented actor raja ahmad@afif

 Posted by Picasa

datuk bentara@syahbandar

 Posted by Picasa

2gether we stand...at cast party at tiara house

 Posted by Picasa

Wednesday, March 15, 2006

PGLM...the history

 Posted by Picasa

setelah menerima cadangan..hehee

 Posted by Picasa

Tuesday, March 14, 2006

perihalku..merdeka

Salam muhibah…

Merdeka,merdeka,merdeka…menjelma lagi setiap tahun. Maka berduyu-duyunlah manusia keluar menuju ke destinasi perayaan yang sering kali dianjurkan oleh mereka yang kononnya menyatukan perpaduan antara kaum dan menyemarakan semangat merdeka dikhalayak rakyat khususnya…

Negaraku ada banyak etnik bangsa..dari melayu,cina,india,sikh,kacukan eropah,jawa,mamak,siam dan entah apa lagi campuran darah dan etnik yang ada didalam daging dan tubuh rakyat jelata. Namun apa yang dapat dilihat dan sring kali terlihat dikaca-kaca televisyen dan juga dipaparan dada akhbar pada hari yang berikutnya hanya wajah bangsaku yang dipanggil melayu menghiasi dan menjadi pengikut dan pengunjung setia setiap kali perayaan sebegini rupa diadakan!!.mana bangsaku yang lain??..adakah mereka hanya duduk menonton dirumah?..atau dilarang sama sekali oleh kepala keluarga untuk keluar berska ria bersama tetangga ataupun mereka menghabiskan ongkos mereka diluar negara tanpa mempedulikan sorakan merdeka,merdeka,merdeka…

Namun biar negaraku ratusan mahupun ribuan menyambut dan meraikan hari yang bersejarah yang mungkin dilupakan oleh segelintir manusia betapa pejuang-pejuang,pengiat-pengiat dan pencetus kelahiran baru negara bertelingkah sesama sendiri,bersilat di gelanggang suara,berpeluh dipanah mentari,basah gelisah berembun pagi dalam memperjuangkan nasib tanahair dari terus dijajah bangsa asing sedangkan hari ini masih ramai yang tidak mengaku malahan tidak mengerti dan juga berlagak bodoh sombong malas,malu,segan untuk berbicara dengan bahasa dan budaya sendiri kerana jiwa mereka telah merdeka dan boleh berbuat apa saja tanpa mengikut kata segala.

Monday, March 13, 2006

perihalku...himpunan terhimpun

Salam sejahtera wahai bangsaku..
Tiap penggal akan bergema suara bangsaku bertempik sorak
Bertepuk tangan tersenyum gembira
Orang diatas melantang bersuara
Orang dibawah mulut ternganga..
Fahamkah mereka apa yang dikata
Mengangguk kepala mengikut sahaja
Himpunan terhimpun dihimpun bersama
Datang bagaikan gerombongan berpesta disana..
Semangat melayu jatidiri dibawa
Ingin melangkau maju bersama
Berapa keratkah daripada mereka..
Yang sungguh memahami isi bicara..

Dari utara ke selatan di tengah berjumpa..
Dari timur ke barat bersatu belaka..
Hari pertama hingga ketiga duduk sahaja
Sampai masa cukuplah sudah segala dilupa
Salam sejahtera wahai pembawa berita
Adakah berita kami dapat disuara..
Dikampung masih berlaku kepincangan segala
Dikota terus terjadi mala petaka..
Suara yang dilontar sungguh mengegarkan
Semua yang mendengar terpaku seketika
Pantun syair seloka diselit bersama
Fahamkah mereka bentangan disuara..

Salam sejahtera wahai pemimpin semua
Bangunlah dari tempat yang empuk disana..
Lihatlah bangsamu sekelian yang ada
Ramai pengampu menyanjung mengangguk gembira..
Aku bersuara dari dunia luarmu
Nampak yang zahir bercorak kelabu
Ramai yang mengaku pandai belaka..
Bila melaku hancur segala..

Takkan melayu hilang didunia..
Dunia apakah yang dimaksudkan..
Dunia sindiran budaya kita
Faham-faham sajalah
Apa yang dikata…

perihalku...fenomena

Salam sejagat..
Perihalku tersentuh dengan fenomena yang berlaku melanda negara. Semua pelusuk rakyat rancak bercerita tentang kisahnya. Dari anak kecil hingga tua gayut senantiasa tahu dengan perkembangan yang berlaku konon kalau tak mengikuti bukan lagi trend masakini nanti takut ketinggalan. Hairan bin ajaib bagaimana fenomena yang tercetus dulu dengan acuan yang berbeza boleh diterima secara taksub oleh masyarakat. Dulu pun ada fenomena ini Cuma mungkin masa itu bukan budaya masyarakat melepak ternganga depan peti televisyen menghayati setiap detik dan kejadian yang berlaku. Ataupun fenomena sekarang ini banyak lakonannya dari yang dulu..

Perihalku bercakap berkenaan fenomena yang digelar akademi fantasia persembahan realiti yang dicipta oleh kelompok manusia. Sungguh dashyat fenomena ini hingga pak menteri pun bercerita di ruang khas yang dipanggil dewan rakyat!!..ini satu kejadian yang amat pelik..kisah mereka yang dipanggil graduan tanpa tauliah di akademi fantasia yang senantiasa dibuai dengan mimpi-mimpi indah ingin bergelar seseorang yang dipanggil dengan nama artis.

Apa motif mereka??..bakat,minat memang tak dinafikan akan tetapi terfikirkah segala perancangan buat mencorak mereka-mereka ini selepas acara itu berakhir??. Umpama seoarang ayah yang baru mendapat seorang anak.sianak pastinya memerlukan bimbingan dan teguran dari seorang yang lebih tua namun bersediakah pihak yang menganjurkan acara seperti ini bersedia dari segala segi?perihalku tidak mahu kejadian menjadi seperti pepatah melayu bagaikan anak ayam kehilangan ibu..tak terarah hala tuju mereka kerana kementahan berfikiran dan tiada pedoman yang cukup untuk mengharungi badai dan cabaran dalam dunia yang nyata bukan lagi berada didalam dunia fantasi..

Dulu berlumba-lumba si bakat mencuri peluang yang ada tak kira dimana jua ada pertandingan bakat pasti dicuba diusaha untuk menjadi pemenang. Cabarannya juga berbeda,kalau dulu suara dan bakat menjadi ukuran silap sedikit pasti mendapat habuan teguran dan marahan si pencari bakat. Dulu kalau bertanding pastinya secara sederhana namun kini segala bercorak kemegahan..entah lah duniaku, semua pelusuk negara bercerita mengenai fenomena ini selepas fenomena tsunami.

perihalku...gejala

Salam buat semua manusia yg bergelar insan
Kekadang aku terfikir akan adanya manusia yg tidak tahu berfikir. Demi kepentingan peribadi mereka sanggup lakukan apa saja asal boleh mengundang kepuasan dijiwa mereka. Yang berpangkat dengan gaya dan cara mereka,yang berilmu masih ditakuk lama memerap ilmu yang dijiwa demi untuk sesuap rezeki..yang miskin dana jangan diharapkan apa-apa kerana mereka ini umpama melukut ditepi gantang ada pun dibiar, tak ada pun tak diendahkan..

Hari ini dapat kita saksikan betapa manusia masing-masing dengan cara dan gaya hidup yang tersendiri.yang muda masih longlai jiwa mereka dengan apa yang dipanggil dunia metropolitan..yang tua adakalanya terlupa yang usia mereka semakin dipanjat jangka menjadikan mereka digelar orang yang telah tua..masih aku hairan bagaimana mereka ini masih setia mengunjungi tempat-tempat yang digelar pusat hiburan..dirumah anak bini terdampar sepi menunggu sibapa pulang membawa rezeki tetapi si bapa rupanya memberi rezeki kepada manusia yang hanya menagih simpati seorang jantan yang sering berkokok menunjukkan jantannya walhal dia sendiri belum tentu jantannya kerana tidak dapat memberikan sekelumit rasa simpati buat keluarga sendiri.

Wahai orang muda dimanakah anda ketika negara masih bersedih dengan malapetaka yang menimpa?..mungkin mereka insaf barang seminit dua?atau mungkin mereka insaf pada saat mata melihat terpampangnya cerita dan gambar di kaca telivisyen??..yang mereka tahu simpati mereka pada jalanraya ..yang sering ketandusan seorang wira haprak..!!..konon ingin menunjuk belang ,kuasa,angkuh dan segala..konon..!!..menjeritlah jentera mereka diwaktu malam hening tanpa mengira orang lain yang mungkin jelek dengan apa yang mereka lakukan..ahh..mana mungkin ada orang yang berani menegur kami..kerana kami datang berpuak-puak..kalau ingin menempah sejarah silakan saudara menegur kami..kerana kami seorang wira yang haprak…mungkin itu kata hati kecil mereka bilamana ada insan yang prihatin dengan nasib mereka..ingin menabur bakti membetulkan apa yang tidak betul..

Siapa kamu??..sibuk benar ingin mencatur hidup kami..sedangkan mak bapak kami entah dimana??..mak bapak kami tak pernah bertanya..walaupun kami sering bertanya dimanakah mak bapak kami..kamu orang asing yang tidak kami kenali..jangan cuba-cuba bermain api nanti terbakar jiwa sendiri..yang kami tahu dan kenal mak bapak kami bila kami secara berpuak dihumban ke bilik kecil yang sempit itu..kala itu akan kedengaran suara-suara sinis daripada mak bapak kami..kononnya menegur,nasihat pada kami yang telahpun hilang segalanya. Pada hakikat memang seorang perempuan itu mak kami..dan seorang lelaki itu bapak kami..tapi mungkin hanya mereka malu kerana kami berbin dan berbinti akan nama mereka bila dipanggil oleh yang amat arif..ohhh rupa-rupanya anak ini anak kepada wak kassim yang terkenal di kampung..sering bercakap tentang isu-isu panas di warung-warung..handal sekali wak kassim tetapi wak telah lupa akan isu yang lebih panas bila kawan-kawan sekeliling memanggil wak untuk bertanya wak apa jadi dengan anak kamu.??..



Kamu didapati bersalah kerana sifat kurang ajar kamu..suara garang yang amat arif kedengaran dicelah-celah ketaksuban manusia mendengar dan mengeleng kepalanya meneliti cerita orang..ahh terlupa aku berada disini pun disebabkan kelalaianku terhadap anak sendiri..mana mungkin aku lupa bertanya anak aku..apa yang mereka lakukan?siapa kawan mereka?apa pekerjaan mereka??yang aku tahu tiap-tiap kali aku mengoyak kalendar hari dan bulan sianak akan menghulur bantuan biru dan merah..lepas segala kerumitan dengan pemberian ini. Pernah kah aku bertanya hei sianak..apa pekerjaanmu..siang berlalu malan berganti namun kau hanya muncul setiap kali aku mengoyak kalendar hari dan bulan..ohh anak aku mungkin anak yang baik..kerana itu dia tak pernah lupa dengan ajaranku…!!. Buat apa aku hendak menegur mereka dah besar panjang..ada otak fikir sendiri lah…

Gadis melayu memang menawan dari dulu hingga sekarang..mungkin sebab itu mereka terasa seperti dicabar kalau tidak mengikuti trend yang ada..baju kurung bunga-bunga masih tersalut ditubuh namun sifatnya telah lari dari asal..yang longgar diketatkan konon rugilah aku setiap hari telan jamu badanku ramping ingin kutunjuk kalau bajuku longgar mana orang tahu badan ku ramping seperti primadona dulu..habis semua dilihat orang tiada lagi rahsia yang harus disimpan simata keranjang mengambil peranan di lontarkan ayat merangsang fikiran ikutlah si gadis berpeleseran kain yang ketat perlu dilonggar agar senang nanti berlaku songsang..

Berlaku songsang gejala sekarang..bila perut memboyong gelaplah alam..simata keranjang hilang fikiran isi diperut dibiar telanjang dialam manusia berfikiran kelam..suara kecil meraung kesempitan meminta belas pada insan yang diluar.sejarah tercipta lagi anak kecil orang melayu sudah pasti..jumpa dilorong sempit dan sunyi menangis meraung meminta simpati…zaman berubah trend juga mengikuti..sekarang tak payah digusar wahai haiwani tempat telah disedia pembesar negeri kalau kamu ingin selamat disanalah tempatnya nanti..suatu ketika tempat ini mercu abadi..disanjung dipuja pelosok bumi..namun kini hanya nama yang abadi..bertemu semua bilamana suara memanggil..wahai manusia marilah mendirikan solat..maka ramailah berduyun-duyun mencurah kemari..tanpa disedari cukup masa gerbang dikunci kononnya takut ada yang hilang nanti kerana manusia sekarang sudah tidak berhati..mahligai dibina indah sekali namun cacatnya jua kerana tidak berpenghuni kalau ada yang menhajati ingin masuk sendiri mungkin disergah si penjaga nanti..
Sejarah ternoktah setiap hari..namun malunya bangsaku sendiri kerana dianggap tidak menghormati tempat yang suci lagi disanjungi..dulu malam hening sekali namun kini tiada lah lagi..suara anak kecil menangis simpati dikawasan suci akan bersemadi…