Wednesday, October 18, 2006

perihalku...macam-macam 7

salam sejahtera,

salam ramadhan walaupun sudah agak lewat,namun yang penting ingatan dan juga keikhlasan sesama umat itu yang lebih utama..ketika aku mencoretkan sesuatu disini sudah masuk hari yang ke 24 aku berpuasa...sibuk??..memang aku begitu sibuk sekali dengan tugasan dan juga persediaan untuk meraikan adilfitri yang akan menjelang nanti..

buat umum hari ini merupakan hari kedua aku menghadirkan diriku di suria fm sebagai kerabat yang baru disana..namun belum lagi membuat apa-apa dan juga belum belajar secara teknikal lagi namun aku senantiasa menjadi pemerhati kepada apa jua yang berlaku di suria fm...nanti akan ku ceritakan segalanya...yang perlu korang tahu hari ini aku terlibat dengan rancangan khas hari raya...semua dj kena nyanyi termasuk ler aku...lagu m.nasir menjadi sandaran namun aku tidak ler sangat berpuas hati dengan mutu suara aku kerana duduk didalam ofis yang begitu sejuk banyak menjejaskan kualiti suara aku...apa bleh wat...ahaks.

PGLM juga dah mula berlatih untuk persembahan di singapura nanti...semuanya sama cuma ada beberapa original ensemble yang tak dapat bersama kerana tuntutan kerja dan juga ada yang tidak dipanggil kerana perlu mengehadkan ahli ensemble dek kerana arahan dari pihak esplanade...ada beberapa perubahan dilakukan dan yang penting aku akan terlibat secara total sebagai PENARI...satu cabaran buat diriku...

tanpa disedari minggu depan kita akan menyambut syawal...terasa masa berjalan begitu cepat sekali dan terasa masa yang diimpikan begitu hampir dengan diriku kerana manusia punya cita-cita dan impian bilamana impian dan cita-cita itu semakin hampir maka semakin banyaklah dugaan yang akan menjengah...

apa pun bagi orang-orang yang ada membaca blogs aku ingin sekali aku mengambil kesempatan disini untuk mengucapakan ribuan kemaafan yang tak terhingga seandai ada tersalah sesuatu dimata korang semua...walaupun mungkin kita tidak mengenali antara satu dengan yangh lain namun persahabatan itu tiada batas sempadannya...

maaf zahir dan batin..

amin...